30 November 2010

berniagalah..!!

        Di Malaysia sekarang kita orang2 Islam yang teramat kurang menceburi bidang perniagaan. Industri kecilan yang dibuat dibelakang rumah (back yard industry) pun orang Islam tertinggal inikan pula sektor perniagaan besar. Dirangka masih terlalu kurang orang Islam terutamanya Melayu di Malaysia yang menjalankan perniagaan atau perusahaan. Jikalau ada pun mereka tidak menjlnkannya dgn penuh semangat dan kebanggaan, sebaliknya merasa rendah diri dan mencele-cela diri (self-pity).

        Kebanyakan kita dari kalangan org Melayu segan utk menceburi perniagaan kerana takut dan risau dikata orang apabila kita gagal. Ramai yang masih ragu2..antara yg selalu meniti kata2 ialah..

'nak jual apa?..nak niaga apa..?..boleh laku ke?..'mana nak cari modal?..'nak buat pinjaman..boleh ke?
dan akhirnya apa?? cuma yang ada gigi dgn lidah sahaja!!
Itulah mentaliti sebahagian besar sebahagian daripada kita.

        Ironinya, kita sendiri yang meletakkan syarat2 yg sangat ketat utk berniaga. Kita sendiri yg menghalang2 diri utk menceburi perniagaan. Kita sendiri yg mengancam2 diri atau menakut2kan diri supaya jgn berniaga. Kita rasa cukup terpukul melihat contoh2 kegagalan di kalangan kawan2 dan saudara mara yg kecundang dlm perniagaan. 
Walaupun utk berjaya kita harus menempuh pelbagai dugaan dan rintangan namun itu tidak bermakna jln ke arah kejayaan terlalu sukar dan dipenuhi kepayahan dan ranjau ujian yg sangat getir.
        Beritahulah pada diri kita bahawa tidak ada jln lain utk berjaya baik di dunia mahupun akhirat selain menceburi perniagaan. Kita kata nabi dan rasul adalah insan mulia, sesungguhnya kita harus ingat tiada seorg nabi dan rasul yg 'makan gaji' dgn org lain utk menyara kehidupan mereka.
Mereka hidup berniaga, bertani atau bertukang menggunakan kemahiran dan keahlian yg khusus. Oleh kerana nabi dan rasul berniaga, bermakna berniaga adalah kerja org2 yang mulia.

         Usahalah utk mencapai kejayaan melalui perniagaan dan syaratkan pada diri tidak terlalu ketat utk mengejar kejayaan dlm perniagaan. Selarikan keikhlasan dan keyakinan bahawa perniagaan adalah suatu kerja yg mulia.

         Agama Islam memberitahu umatnya bahawa 9/10 daripada sumber rezeki dtgnya daripd perniagaan. Islam menggalakkan umatnya kaya, umatnya maju dan gemilang asalkan kekayaan itu tidak melalaikannya. Bila kaya tetap bertambah tawadhuk, bertakwa dan menunaikan hak2 org lain oleh itu wajibkanlah pd diri utk BERNIAGA..!!!

                                                   KETAHUILAH

      ''Untuk menjadi usahawan bermulalah dari kecil2an...Jangan Malu!! 
         Kerana Perasaan Malu Adalah Naluri Fitrah Bagi Setiap Orang.
         Ia Tidak Menghalang Kejayaan...Didalam Perniagaan....!!   ''

3 comments:

  1. awh nape i tak jumpa ini masa blaja kat puncak alam~
    huhu

    ReplyDelete
  2. martini%:
    Ada..!saya dah niaga hampir lima tahun dah..niat dlm hati masa tu xda nak cari burger.. sbb tu tak jumpa...tapi silakanlah mampir jika ada kesempatan..,sambil2 tu boleh bantu selera anda sendiri..huhu

    ReplyDelete
  3. Uih ruginya tak dapat nak merasa beger ni...banyak dah yang bagi respon yang terbaik.bukan nak mengipas bagai,tapi kalau dah memang sedap.nak cakap ape lagi?order je lagi...hahahaha..terima kasih...datang lagi :)

    ReplyDelete